Monday, May 7, 2012

BUDAK-BUDAK BOWLING/SNOOKER

Assalamualaikum......

 ada satu cerita yang dah seminggu aku try nak lupa tapi tak boleh... mengenangkan nasib anak anak muda kita.... Al kisahnya.. kata Ipd nak buat pertandingan bowling.. aku pun teringin nak join la... walaupun tangan ni 'tak bedung' hehehehehhe asyik longkang ja dia p... satu hari di minggu lepas time rehat aku pun kluaq la dengan sarjana ya maulana aku ke Bremm Mall.. kononnya nak training la buang 2-3 round...

sesampai aku kat sana sambil dok lepaking aku perasan ada budak-budak sekolah rendah, aku rasa mungkin darjah 3-4(lengkap beruniform) dok berlari-lari dok main aci ligan... sambil dok baling bola aku pun ushar ja bebudak ni.. dok cari mana la mak pak dia pi... dalam setengah jam.. salah seorang budak tu lalu sebelah aku.. dengan selamba tak tahu malunya aku pun tanya dia, 'adik.. adik tak balik rumah lagi?' selamba katak pughu dia jawab 'tak pakcik... boring balik rumah'..."pakcik!!!!(aku muda lagi la)", aku tanya mai dengan sapa, dia bgtau dengan kawan dia(dalam masa sama kawan dia tu mai kat aku). maka bermulalah sesi soal siasat haram ^_^, aku tanya lagi 'adik balik rumah dengan apa?' jawab dia 'balik dengan bas', tanya lagi 'adik balik dari sekolah kul berapa??? kul berapa balik rumah??' jawab, 'saya balik sekolah kul 1, balik rumah kul 6 pakcik..' siot "pakcik lagi!!!", aku tanya lagi 'pasai apa balik rumah lambat' dia jawab setelah 30 saat berfikir 'saja boring kat rumah'...... aku korek lagi ' adik mak keja apa ayah keja apa?' jawab kawan dia lagi sorang(meyampok) 'pakcik.... bapak dia dah meninggal, mak dia keja tesco', for the berapa ntah time "pakcik!!!" lagi... hurm nampak sangat budak tu rabun nampak aku tua... aku tanya budak lagi sorang tu pulak... 'hang pasai apa tak balik lagi?' jawab dia 'boring la ... kat umah aku nenek dengan kak long ja...' uih.. kak long??? pergghhh aku tanya 'kak long umoq berapa(kunun2nya nak kenen2, hehehhehe)' dia bagitau 'kak long sekolah menengah' ooooo kanak2 ribena lagi hehehehehe(kalau bini aku baca ni mau tidoq luaq aku)... abih merapu dah... aku tanya 'besaq nnti nak jadi apa?' yang sorang tu jawab 'nak jadi saleman' yang sorang lagi 'tak tau...' hurm... saleman???? takpe janji halal adik.. jangan mencuri merompak sudah ^_^, soalan last sebelum sesi kaunseling bermula...'adik exam dapat berapa'... dia jawab 'hurm..... tak ingat'.... bila dia sebut tak ingat ja aku dah boleh agak....

 lepas habis sesi soal siasat.. aku tengok jam dah kul 1400... ada lagi 30 minit.... maka sesi kaunseling pun bermula... macam macam aku nasihat...(kalau nak cerita sampai esok tak abih) cuma aku nak kongsi kat sini beberapa benda...pertama-tamanya(ayat SM aku masa training dulu) umoq baru darjah 3-4 dah di biarkan terlalu bebas mcm tu.. lepak di pasaraya sampai berjam-jam.. ni masih kecik.. bayangkan dah sekolah menengah nnti bila semua dah 'berbulu' apa lagi yang di buat... walaubagaimanapun tak boleh nak salahkan mak bapak... sebab kebanyakkan bebudak ni orang susah... lagi satu tengok macam mana bebudak zaman sekarang berkembang... lebih advand dari kita dulu kecik kecik.. dah pandai melepak di bowling,snooker... pelajaran entah ke mana....yang last sekali.. kita sebagai ibu bapak kekadang ambik la tau sikit pasal anak-anak.. dia balik rumah ja tanya belajaq apa kat sekolah.. kawan dengan sapa... pi mana...... sesibuk mana kita pun... anak-anak perlukan perhatian.. jangan sampai anak-anak beralih perhatian ke tempat macam tadi.........

 ps : ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan...

3 comments:

Anonymous said...

saya sgt bersetuju dgn PAKCIK! esk ada anak kasi garang skit ajar tu. ohh nk kenen2 eh? mlm ni buat air sndri okeh..huh!;p

abdooss said...

Tidoq luaq? Apa nak buat dah nasib badan!! :)

Kita yang melihat tolong nasihat mana yang patut.. bagus Tuan,, teruskan usaha murni!

Mohd Faizul Bin Mat Isa said...

adush... dah kena buat ayaq sendirik hehehehehehhe