Tuesday, June 24, 2014

Smart Phone... antara kehendak dan keperluan

Smart Phone.... hampir semua orang Malaysia ada.

Baru baru ni aku punya telefon (tak berapa) pintar tak boleh guna, memang terasa jugak la susahnya... mana nak update FB, Intag, tu tak kira lagi whatap bagai, hampir seminggu gak la jadi orang zaman batu, nasib ada second phone nokia baling anjing.

Berbalik pada tajuk isu... Smart Phone... antara kehendak dan keperluan, pandangan aku setelah hampir seminggu aku punya HP masuk air.
bagi aku Smart Phone ni hanya satu kehendak, ya aku setuju kalau takdak smart phone susah nak berFB, Instag,Whatap etc.. tapi semua tu bukan keperluan, tak dak semua tu dapoq masih boleh berasap... n kalau pi keja boleh lagi call bini anytime (pakai handphone nokia baling anjing)



Dalam seminggu tu jugak banyak kebaikkan yang aku dapat bila terputus hubungan dengan alam fantasi dalam talian.... kalau selalunya laki bini dok depan tv, tv tu tengok kita..... hahahahah masing masing dalam dunia masing masing, tapi bila terputus hubungan dengan dunia fantasi tu otomatik kita berbalik kepada dunia realiti.... baru la masing masing nak layan tv betoi betoi.. sama sama gelak kalau ada cita komidi, bergurau senda bersama ^_^ hehehehehhe bila di kedai mamak sambil melepak, baru la betoi betoi melepak, sembang, bergurau sambil ushar ushar orang macam dating zaman sekolah dolu dolu... ^_^

Pengajaran yang aku dapat... walau sebagus manapun, secanggih manapun semat pon tu... tetap tak boleh lawan lagi interaksi sesama manusia..... so kalau sapa sapa rasa nak bagi smart phone hampa kat aku tu meh la aku tak kisah hehehehehhe ^_^

Sunday, June 22, 2014

Chaplom, gasing, galah panjang, polis sentri VERSUS I pad, X-box, PS4

Hari ni hari cuti, orang bandaq time untuk bawak anak anak bermain atau kluaq jalan jalan,
termasuk aku (time x bertugas hujung minggu) time utk window shoping n lepaking dalam restoren rostoren berEkon maklum la ni panaih lit lit penangan El Nino, n bila masuk petang semua mula lepak lepak kat padang sebelah shoping mall Setia City Mall.


 photo DSC_4904.jpg
sambil berSnap Snap n berselfie selfie dengan anak buah sambil ushar ushar awekz hehehehhe teringat zaman dulu dulu kalau dok kat kampung berbanding dengan budak budak la ni punya permainan...
budak budak la ni kalau dok dalam umah lepas sekolah kalau x main ps/xbox dia dok melayan i pad.. kalau zaman aku dulu balik ja sekolah teruih kluaq pangey kawan kawan kat umah masing masing, heheheheh kekadang kena sound dengan mak depa x bg ajak anak dia main.
yang bestnya walau mak dia x bg kluaq pun, dalam setengah jam sampai gak kat tempah besa dok main (walaupun 3 jam lepas tu kena ligan dengan rotan balik dgn mak dia hahahahahaha) permainan jangan cakaplah, galah panjang, gasing, jengkek jengkek, polis sendri, guli, tarik upih, race kasut tempurung, laga ikan, huh! entah berapa lagi permainan yang aku tak ingat nama....
 photo DSC_4906.jpg
tapi kalau kita tengok permainan dulu banyak pengajaran yang kita dapat selain keluarkan peluh... antaranya, congkak mengajaq kita asas mengira ( walaupun aku selalu main tipu simpan satu guli dalam tangan ^_^) galah panjang latih kita bermain dengan pasukan, zero point menjadikan kita lebih lincah, gasing pankah menguatkan tangan.  Secara tak langsung semua permainan tradisi kita membuatkan kita lebih atlitik dan bijak.... berbeza dengan permainan la ni... contoh Xbox/Ps3/Ipad dll, semua tu membuatkan anak anak kita malas nak kluaq rumah keluarkan peluh, malas berfikir dan sebagainya... maka terhasilnya banyak budak obes..... hurm...

pengajaran kat sini.. walaupun permainan tradisi ketinggalan zaman tapi tak semestinya tak baik... Insyaallah niat aku akan aku galakkan anak anak aku nanti main permainan tradisi dengan sepupu sepapat dia... Insyaallah......

Thursday, June 5, 2014

NGERI!!!

                                                           Kemalangan NGERI!!!!



macam besa yang kebanyakan kita semua buat bangun pagi sebelum subuh amik tab layan muka buka seround dulu hehehehehe, scrol punya scrol terpampang gambar mayat ngeri! dengan perbagai tajuk, ANGGOTA POLIS DIREMPUH SAMPAI MATI! , scrol lagi, kluaq pulak CURI ORGAN! dia punya gambaq takdak langsung di BLUR kan....

Kat sini tak payah la aku nak hurai atau bincang bab bab dua tajuk kat atas tu... sebab dah banyak CNN, NBC,E-new, H-live tak bertauliah dah kupas... apa yang aku nak kongsi kat sini, ya la kekadang tu niat kita baik nak berkongsi maklumat yang penting, nak jadi orang pertama menyampaikan maklumat terkini hiburan sensasi.....TAPI banyakkan kalau si mangsa tu Suami,Isteri,Anak atau saudara mara terdekat dengan kita...... apa kita rasa dok tengok orang dok jaja gambaq kita satu dunia????
baru ja agak nak terima kenyataan... tup tup kluaq kat FB,Twit EH dan sebagainya, dah bermandi dikolam ayaq mata lagi buang seminggu dua... HURM....

kesimpulannya... kalau nak berkongsi maklumat pun... biarlah check kiri kanan depan belakang atas bawah dulu.... kalau ada gambaq gambaq yang ngeri, blur kan.. tak pun gantikan dengan gambaq lain... tak salah kan?.... jangan kerana nak kejaq HIT, nak bagi berjuta LIKE, kita endahkan perasaan keluarga mangsa n aib si mangsa...... RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERJUMAAT.

MY PRIDE N JOY....

                                 Nin dia muka baby aku yang comei macam aku ^_^ kat bawah ada video..

fuh... dah berkarat jari nak menaik blog ^_^.......

Entah pasai apa n kenapa aku pun taktau nak mula menulis balik setelah tenggelam dalam dunia keja keja keja....

berkaitan dengan isu, bunuh baby... dera baby baru baru ni... terpanggey untuk aku mengetuk di keyboard laptop aku....

Alhamdulillah setelah genap usia perkahwinan aku dengan biniku selama 3 TAHUN setelah perbagai usaha akhirnya... pada satu pagi 6 bulan lepas bini aku bawak tunjuk UPT kat aku pada masa kepala aku dok mamai lagi (baru bangun tidoq ^_^) aku ingat mata aku dok mamai lagi... tapi bila tengok ada DUA LINE kat UPT tu..... entah macam mana nak habaq dia punya tahap kegembiraan yang melampau melangkau gunung eberes, huh! dalam dua tiga hari tu bebeberapa kali jugak kami dok ulang beli UPT heheheh tak percaya kunun... n lepas di sahkan oleh doctot klinik kesihatan n doktot pakar bersalin UMRA shah alam... maka sahlah bini aku mengandung tak sampai 2 bulan lagi...
tetiba rasa risau pulak... boleh ka aku jadi ayah (babah bini aku soh panggey, kira ok la tu.), ayah yang macam mana yang kamu akan jadi??? ayah yang GARANG!, yang BAIK?, yang SEMPOI? hurm....
tetiba muncul lagi satu risau... boleh ka aku bela bagi cukup makan pakai, pendidikan ETC?... ENTAH... yang penting kita USAHA BERDOA DAN BERTAWAKAL.....

sepanjang 8 bulan bini aku mengandung... kesian kat dia... jam 0600 hrs aku tanya baby dah bangun belum, jam 1200hrs aku tanya lagi soalan yang sama, jam 1500hrs tanya lagi soalan yang sama, 1930hrs tanya lagi, 2200hrs dan lagi, 0000hrs dan lagi....... hehehehhe kesian bini aku melayan soalan sama aku....

masuk bulan ke 6 bini aku bagi tau baby dan mula aktif berTaekwondo dalam perut.. aku HAPPY! heheheh tiap tiap masa nak pegang peroot.... bila 1st time aku rasa baby aku tendang........ pergghhhtt aku taktau nak cakap macam mana aku punya happy.... tiap tiap kali aku rasa baby menendang, jenuh tahan ayaq mata happy heheheh cover macho. gila tak gila aku rasa aku ni, kul 2-3 pagi kalau aku bangun mesti nak pegang perot,.. bila rasa baby tendang baru boleh tidoq balik ^_^....

walaupun aku dengan perasannya rasa macam aku sorang ja nak jadi bapak kat sini.. aku yakin semua yang jadi bakal bapak rasa apa yang aku rasa....

berbalik pada topik apa nak jadi la ni.... aku heran macam mana manusia boleh berlaku kejam kat baby....
baru baru ni baby 2 tahun di bunuh kejam... kemarin dulu baby dibuang di genting highland.... hurm.. nasib aku tak jumpa orang yang buat tu... kalau tak mau makan pelempang free depa tu.....

kesimpulan kat sini... hargailah rezeki paling mulia Allah SWT bagi dekat kita... jangan kita PK mampukah kita. ada duitkah kita nak menyara dia... apa yang penting USAHA,DOA dan TAWAKAL........
 

Thursday, September 13, 2012

bisnes dan kerja...

lama betoi nak masuk sini.... Alhamdulillah... setelah 6 tahun berkhidmat... akhirnya apa yang aku rancang selama ni Insyaallah akan aku usahakan...


heheheheh apa yang aku rancang/teringin nak buat???? hahahahahha untuk makluman.. sejak aku bersekolah lagi memang aku minat sangat dengan berniaga.... macam macam dalam otak nak di jadikan bisnes... dari sekecik kecik sampai sebesaq besaq, angan-angan dulunya... Insyaallah kalau ada rezeki akan aku mulakan dari kecil kecillan... tapi takkan sampai nak tinggai kerjaya yang dah jadi darah daging aku sekarang ^_^...
doakan k.....