Sunday, June 22, 2014

Chaplom, gasing, galah panjang, polis sentri VERSUS I pad, X-box, PS4

Hari ni hari cuti, orang bandaq time untuk bawak anak anak bermain atau kluaq jalan jalan,
termasuk aku (time x bertugas hujung minggu) time utk window shoping n lepaking dalam restoren rostoren berEkon maklum la ni panaih lit lit penangan El Nino, n bila masuk petang semua mula lepak lepak kat padang sebelah shoping mall Setia City Mall.


 photo DSC_4904.jpg
sambil berSnap Snap n berselfie selfie dengan anak buah sambil ushar ushar awekz hehehehhe teringat zaman dulu dulu kalau dok kat kampung berbanding dengan budak budak la ni punya permainan...
budak budak la ni kalau dok dalam umah lepas sekolah kalau x main ps/xbox dia dok melayan i pad.. kalau zaman aku dulu balik ja sekolah teruih kluaq pangey kawan kawan kat umah masing masing, heheheheh kekadang kena sound dengan mak depa x bg ajak anak dia main.
yang bestnya walau mak dia x bg kluaq pun, dalam setengah jam sampai gak kat tempah besa dok main (walaupun 3 jam lepas tu kena ligan dengan rotan balik dgn mak dia hahahahahaha) permainan jangan cakaplah, galah panjang, gasing, jengkek jengkek, polis sendri, guli, tarik upih, race kasut tempurung, laga ikan, huh! entah berapa lagi permainan yang aku tak ingat nama....
 photo DSC_4906.jpg
tapi kalau kita tengok permainan dulu banyak pengajaran yang kita dapat selain keluarkan peluh... antaranya, congkak mengajaq kita asas mengira ( walaupun aku selalu main tipu simpan satu guli dalam tangan ^_^) galah panjang latih kita bermain dengan pasukan, zero point menjadikan kita lebih lincah, gasing pankah menguatkan tangan.  Secara tak langsung semua permainan tradisi kita membuatkan kita lebih atlitik dan bijak.... berbeza dengan permainan la ni... contoh Xbox/Ps3/Ipad dll, semua tu membuatkan anak anak kita malas nak kluaq rumah keluarkan peluh, malas berfikir dan sebagainya... maka terhasilnya banyak budak obes..... hurm...

pengajaran kat sini.. walaupun permainan tradisi ketinggalan zaman tapi tak semestinya tak baik... Insyaallah niat aku akan aku galakkan anak anak aku nanti main permainan tradisi dengan sepupu sepapat dia... Insyaallah......

No comments: