Thursday, February 18, 2010

SALAH ANAK KAH?? ATAU SALAH IBUNYA?? ATAU SALAH BAPANYA???


dari pagi tadi macam biasa rutin pagi, hantar permohonan sambung reman kes 384kk dengan reman baru 457kk yang di tangkap jam 4 awai pagi tadi.. selepas itu terus ke pejabat DPP hingga jam 1230 tengah hari...
seterusnya balik ke balai sampai dalam 1330 tengah hari on the spot ada repot.. kena selesai dulu, TERLEPAS JUMAAT AKU.... tugas....
dah selesai ambil gambar, statment semua dalam jam 1420 tengahari selesai semua.. aku naik opis tujuan nak ke bilik air niat di hati untuk mandi...
jam 1435 tengahari lebih kurang aku turun kepejabat pengurusan balai.. ada sorang budak perempuan melayu umur lingkungan 16-17tahun sedang menangis, dalam hati aku.. biasalah balai macam macam masalah.. aku biarkan terus ke orderly untuk bertanyakan hal..
sesudah selesai hal, aku ringankan mulut bertanyakan tentang masalah budak perempuan tadi, orderly cakap di halau dari rumah dan dalam proses hantar JKM....
apa dalam hotak aku budak ni mesti sosial dalam perhubungan dan "rosak"... baru nak bagi sedikit syarahan orderly telah ceritakan hal sebenar... baru aku tau.. kali ni aku silap....

ceritanya budak perempuan tersebut adalah anak luar nikah masih di bela oleh ibunya dan suami ibunya adalah pemangsa yang merogol ibunya....
aku tanya.. "apasai budak ni ada buat masalah ka" jawab orderly " taklah tn, dia cuma periksa tak dapat A mak dia suruh berhenti sekolah" aku tanya " tu ja??" orderly " ada lagi, keja rumah semua dia buat, kalau pinggan tak cuci bapak dia akan pukul" aku lagi " ada dia keluaq rumah poya poya??" orderly " tak lah tn, dia jenis yang tak keluar rumah" aku " ada dia melawan cakap mak dia" orderly " takdak lah dia mengikut ja, siap dia baking mak dia lagi takmau bagitau mak dia pukul dia...."

dan aku juga di beritahu dalam pada masa aku tak ada di balai mak dia mengamuk nak memukul anak dia sebab anak ia polis tolong siap mak dia cakap " apa balai boleh buat kalau aku nak pukul??!"... menyirap darah aku... nasib aku tak ada di situ.. kalau tak dah makan nasib lokap kau kena sek 90 Akta Polis..!!

apa yang aku rasa sedih.. apa salah si anak tu.... dia tak minta di lahir... dia tak minta pun duit.. yang dia minta di sayangi.... si anak bukan nya si rempit... bukannya si bohsia...tetapi si anak yang patuh dengan ibu bapa... cumanya pencapaian akademik sedikit kurang dan dia bukan AMAH nak di suruh buat semua kerja rumah...
hanya kerana dia anak yang tak di ingini, kita buang dia.. kita tak mengaku anak kita..... hurm.. apa nak jadi dengan manusia sekarang.....


ps: sedikit pengalaman untuk di kongsi, dijadikan pedoman dan pegangan hidup

Tuesday, February 2, 2010

"BUAT BENDANG DITANAH LAPANG"


Sedang dok melayar FB.. tiba tiba salah seorang jurulatih lama aku add gambaq aku masa dok “buat bendang, halau ayam” kat tanah lapang dulu dulu…. Terkenang memori sakit, lebam, calaq, tergeliat dulu.^_^

Masih terngiang ngiang “radio buruk” mencanang aku dok keluar kampong tengah tengah malam dok “jual body” kat pantai road butterworth penang, marah idak senyum pun idak reaksi aku dekat “radio-radio buruk” kampong aku tu…aku biarkan saja “radio-radio buruk” kampong aku dok melepak bermain gitar sampai awal pagi..

3 tahun kemudian heboh satu kampong aku wakil daerah ke pertandingan OLAHRAGA dan dapatlah jugak pingat gangsa.. walaupun gangsa tapi akhirnya Berjaya tutup mulup si “radio-radio buruk” tadi dan terus pulak memuji-muji cover malunya baru cerita yang bukan bukan…

Baru depa tau tiap tiap malam aku keluar balik awal pagi kemana, Kebelakang rumah Sang Guru mengisi masa lapang waktu malam. dan setelah tiga tahun sudah menampakkan hasil..tapi apa yang “radio radio buruk” dapat??? Jadi artis main gitar??! Dapat elaun jaga tembok depan kampong??! Apa pun tak dapat……

Terfikir pulak dengan scenario zaman sekarang… bila aku dah berhadapan dengan masalah masalah remaja seusia aku dulu…

Dulu lepak di tembok tembok kampong, sekarang lepaknya di karaoke karaoke jamban konon latihan nak jadi artis…

Dulu “radio buruk” di kampong habis sekadar itu saja, sekarang “radio buruk” dalam internet sampai di tuduh di mahkamah..

Dulu main bola waktu petang di kampong sampai maghrib badan sihat, sekarang main DOTA di cyber cafĂ©…

Dulu mandi sungai di batas ban/sungai walau dapat jalur dibelakang dek rotan tapi alhamdullillah tak payah belajar berenang, sekarang belajar menari di kelab kelab malam…

Dulu malam lepaknya di pondok pondok depan/belakang kampong, walaupun habiskan masa tapi pencuri penyamun tak berani masuk, sekarang lepaknya di cyber-cybercafe sampai awal pagi sampai kekadang duet tak ada dia yang jadi pencuri/penyamun di dalam rumah sendiri….

Bila berhadapan dengan budak budak zaman sekarang, hurm….. mengeluh tak habis… tak macam budak budak zaman dulu, salah ibu bapa kah?? Salah gurukah???

Jahatnya budak zaman sekarang tak jahat macam budak zaman dulu… sampai ada yang bunuh ibu bapa…. Hurm… akhir zaman…..