Sunday, October 25, 2009

KONTRAK SOSIAL

Sejak terkeluar isu tentang Kontrak Sosial banyak orang tertanya-tanya apa itu kontrak sosial, dan aku tak terkecuali, aku tanya kawan-kawan apa tu kontrak sosial semua tak tahu... kebetulan aku lalu kot MPH... singgah jab.. pusing punya pusing aku terfikir, buku Akta Keselamatan Dalam Negeri aku Hilang, tujuan aku nak cari Akta tu la... tiba-tiba ternampak, KONTRAK SOSIAL- ABD MANAF HAJI AHMAD.. terus sambaq!!..

Berbalik kepada tajuk Kontrak Sosial, untuk mengetahui apa itu kontrak sosial, kita perlu memahami sejarah Tanah Melayu sebelum merdeka.
Sejarah kontrak sosial bermula dengan apabila penjajah menubuhkan Malayan Union dan menerusi Malayan Union Penjajah British telah mencadangkan kerakyatan kepada bangsa asing berdasarkan konsep "Jus Soli", dan sekiranya konsep ini di jalankan maka ketuanan Raja-raja Melayu dan bangsa Melayu akan Kehilangan Hak keistimewaan bangsa Melayu.

Berikutan peristiwa Malayan Union, satu perhimpunan/Kongres dari Perbagai pertubuhan bangsa Melayu telah di adakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan mereka telah membantah penubuhan Malayan Union mereka juga berikrar akan menghapuskan Perlembagaan Malayan Union dengan apa cara sekalipun, maka tertubuhlah UMNO(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan kemudiannya UMNO di rasmikan dalam kongres melayu kedua di Istana Johor Bahru di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar.

Dipendekkan cerita, UMNO berjaya mendesak penjajah british untuk menarik balik penubuhan Malayan Union
Pada 24 julai 1946 satu persidangan antara Raja-raja Melayu dan UMNO telah di adakan dan telah menyediakan satu draf perlembagaan persekutuan baru bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union dan perlembagaan tersebut di serahkan kepada Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union pada ketika itu. dan menerusi persidangan itu juga satu jawatan kuasa di tubuhkan untuk menilai dan mengkaji draf Perlembagaan baru (nama ahli jawatan kuasa akan aku masukkan dalam komen sekiranya ada permintaan)

Dipendekkan cerita lagi, setelah UMNO berjaya membubarkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu (setelah memilih salah satu nama dari tiga). Namun
perjuangan untuk memerdekan Tanah Melayu masih jauh dan getir dimana perundingan demi perundingan dijalankan dimana pihak British mendesak UMNO untuk membuka kerakyatan kepada pendatang Cina Dan India, disebabkan desakan British Dato' Onn Jaafar telah mencadangkan UMNO di buka keahlian kepada bukan kaum Melayu, tetapi tidak disetujui oleh ahli-ahli, dan menyebabkan Dato' Onn Jaafar menarik diri dari UMNO, UMNO telah di ambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dalam ucapan sulung beliau, beliau menyatakan "PELIHARALAH TUNTUTAN KEMERDEKAAN KITA ITU DENGAN JUJUR DAN AMANAH, JANGANLAH SAMPAI MENJUAL KEHORMATAN NEGERI DAN BANGSA KITA KERANA HENDAKKAN KEMERDEKAAN. KAJI DAN SELIDIKANLAH APA YANG AKAN TERJADI KEPADA BANGSA KITA KELAK. OLEH ITU, SAYA MAHU TEGASKAN BAHAWA KITA MESTILAH BERPEGANG TEGUH KEPADA SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU."
Pandangan Tunku ini sama dengan pandangan Sir Hugh Clifford yang dengan ringkasnya menggambarkan kepada Faderal Council yang Negeri Melayu untuk Melayu dan akan Kekal milik Melayu.

Walaubagaimanapun Pihak Penjajah British masih memberi tekanan kepada Tunku untuk bekerja sama dengan Cina dan India dalam negeri,
Tetapi Tunku mendesak untuk menjalankan Pilihanraya sebagai Proses menuju Kemerdekaan dan melalui proses pilihanraya inilah bagaimana persefahaman di antara kaum Melayu dan Cina dapat di lihat.
Dalam pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur, UMNO bersetuju untuk bekerjasama dengan MCA dan telah mendapat kemenangan disebabkan kemenangan itu Tunku telah bergabung dengan MCA dalam satu perikatan untuk pilihanraya 1955 dan telah mendapat kemenangan besar.

Sekali lagi dipendekkan cerita Kerajaan Persekutuan telah menyiarkan satu Kertas Putih tentang perlantikan suruhanjaya bebas dengan izin baginda Queen dan DDYMM raja-raja Melayu. suruhan jaya ini dikenali sebagai SURUHANJAYA REID.

Suruhanjaya Reid telah meminta Pertubuhan-pertubuhan/Parti-parti dan orang awam untuk menghantar memorandum dari perbagai kaum.
Dan hasil dari persetujuan dari 3 kaum utama terbesar telah bersetuju dengan terma rujukan suruhanjaya Perlembagaan yang di tetapkan oleh kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu seperti di bawah:

~Mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berdaulat dalam negara Demokrasi berpalimen
~Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini
~ Memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu berdasarkan Prinsip JUS SOLI
~Islam sebagai Agama Persekutuan tetapi memberi kebebasan penganut Agama lain menjalankan upacara dan kebudayaan masing masing
~Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi memberi kebebasan menguna bahasa suku kaum masing-masing secara peribadi.

PERSETUJUAN ORANG CINA DALAM MCA DAN ORANG INDIA DALAM MIC TENTANG PERKARA-PERKARA TERSEBUT DI ATAS DI ANGGAP SEBAGAI "KONTRAK SOSIAL"....

rujukan: KONTRAK SOSIAL-ABD. MANAF HAJI AHMAD

ps: pandangan peribada untuk dikongsi

Tuesday, October 6, 2009

ANTARA SAMSIAH FAKEH DAN CHIN PENG(Ong Boon Hwa)

Semestinya kawan-kawan kenal dengan nama di atas, kalau tak kenal elok daftar untuk keluar negara dan jangan jadi warganegara Malaysia... ^_^

Seperti yang kita ketahui kedua-dua nama di atas adalah antara "Orang-orang kuat" MPAJA(malayan people anti japanese army) yang juga PKM(parti komunis malaya),
Dibawah sedikit pengenalan tentang kedua-dua nama di atas:

Shamsiah Fakeh dilahirkan pada tahun 1924 di kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mendapat nama timangan sejak kecil "Che Yah" oleh saudara dan keluarga terdekat, bapa beliau bernama Fakeh Sultan Sulaiman yang juga dapat jolokan Fakeh Godang iaitu Fakeh Besar kerana tubuh beliau yang agak besar.

Chin Peng tau nama sebenar beliau Ong Boon Hwa dilahirkan di sebuah kedai menjual basikal di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan Ipoh Perak, Malaya pada 21/10/1924 (sama juga tarikh lahir aku ,cuma tahunya berbeza^_^) tetapi keluarga beliau berasal dari Tanah Besar China dimana bapanya berpindah ke Malaya pada tahun 1930an berikutan dengan kemelesetan yang berlaku di sana.

Persoalan yang aku mahu timbulkan disini, KENAPA SHAMSIAH FAKEH DITERIMA BALIK KE MALAYSIA TETAPI TIDAK CHIN PENG???

melalui rujukan yang aku baca, Memoir Shamsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen Ke-10 dan“Chin Peng: Sejarah dari belah saya” (”Chin Peng: My Side of history”).

Menurut pemerhatian dan pembacaan aku dapat Shamsiah Fakeh menyertai PKM bukanlah berdasarkan dengan falsafah Komunis itu sendiri yang tidak percaya dengan tuhan dimana pengasas beliau mengatakan Agama itu adalah seperti Ganja/Candu pada manusia.
Tetapi tujuan beliau untuk menyertai PKM adalah berlandas tujuan murni untuk berjuang membebaskan Tanah Malaya pada ketika itu dari cengkaman Jepun dan British, dimana pada permulaan pemerintahan Jepun ramai anak-anak melayu yang bersemangat patriotik cuba untuk mencari 'medium' untuk berjuang dan salah satu darinya adalah PKM, tidak hairan kalau kita perhatikan kebanyakkan pejuang PKM adalah orang Melayu yang mempunyai didikan Agama yang amat kuat, tidak terkecuali juga Shamsiah Fakeh yang mempunyai pengetahuan/pegangan Agama yang amat kuat. tetapi di atas dasar "PERJUANGAN" Shamsiah Fakeh tersalah memilih 'medium' untuk salurkan perjuangan beliau. untuk keterangan dan rujukan lebih baik/lengkap, sila rujuk dengan buku memoir beliau seperti yang aku catatkan di atas, tak rugi beli harga tak lebih rm50 masa aku beli 3-4 bulan lepas.

Chin ping pula dari pendapat peribadi aku, perjuangan beliau adalah disebabkan penindasan bangsa Jepun terhadap kaum cina pada ketika itu dan selain itu beliau seperti terpengaruh dengan budaya dan fahaman Komunis itu sendiri, dan beliau juga antara pemimpin yang "degil" untuk berbincang setelah kemerdekaan dicapai, selain itu beliau juga adalah orang bertanggungjawab menggagalkan rundingan baling, beliau juga berkeras untuk menuntuk parti komunis 'dihalalkan' walaupun ditawarkan pengampunan sepenuhnya tanpa sebarang hukuman, ini berlaku kerana pada pendapat peribadi saya fahaman komunis telah sebati dalam diri beliau.

Jadi disini pada pendapat saya ini adalah perbezaan di antara Shamsiah Fakeh dan Chin Peng, sebab kemasukan kedalam PKM dan adakah fahaman Komunis tersebut masih kukuh dalam dua individu di atas, tidak salah sekiranya pada pendapat aku Shamsiah Fakeh di istiharkan antara pejuang pembebasan dari Jepun, tetapi beliau tersalah pilih 'medium' untuk berjuang, sebaliknya Chin Peng yang berjuang bukan seratus peratus untuk kebebasan Malaya, tetapi lebih kepada pembelaan penindasan terhadap kaun Cina di China dan Malaya ketika itu selain fahaman komunis yang telah sebati dalam Chin Peng.

ps: ing adalah pendapat peribadi untuk dibincang/kongsi bersama dan tidak berniat menguris mana-mana pihak.

rujukan:
1)Memoir Shamsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen Ke-10
2)Buku Memoir Chin Peng: Sejarah dari belah saya” (”Chin Peng: My Side of history”).