Sunday, October 25, 2009

KONTRAK SOSIAL

Sejak terkeluar isu tentang Kontrak Sosial banyak orang tertanya-tanya apa itu kontrak sosial, dan aku tak terkecuali, aku tanya kawan-kawan apa tu kontrak sosial semua tak tahu... kebetulan aku lalu kot MPH... singgah jab.. pusing punya pusing aku terfikir, buku Akta Keselamatan Dalam Negeri aku Hilang, tujuan aku nak cari Akta tu la... tiba-tiba ternampak, KONTRAK SOSIAL- ABD MANAF HAJI AHMAD.. terus sambaq!!..

Berbalik kepada tajuk Kontrak Sosial, untuk mengetahui apa itu kontrak sosial, kita perlu memahami sejarah Tanah Melayu sebelum merdeka.
Sejarah kontrak sosial bermula dengan apabila penjajah menubuhkan Malayan Union dan menerusi Malayan Union Penjajah British telah mencadangkan kerakyatan kepada bangsa asing berdasarkan konsep "Jus Soli", dan sekiranya konsep ini di jalankan maka ketuanan Raja-raja Melayu dan bangsa Melayu akan Kehilangan Hak keistimewaan bangsa Melayu.

Berikutan peristiwa Malayan Union, satu perhimpunan/Kongres dari Perbagai pertubuhan bangsa Melayu telah di adakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan mereka telah membantah penubuhan Malayan Union mereka juga berikrar akan menghapuskan Perlembagaan Malayan Union dengan apa cara sekalipun, maka tertubuhlah UMNO(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan kemudiannya UMNO di rasmikan dalam kongres melayu kedua di Istana Johor Bahru di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar.

Dipendekkan cerita, UMNO berjaya mendesak penjajah british untuk menarik balik penubuhan Malayan Union
Pada 24 julai 1946 satu persidangan antara Raja-raja Melayu dan UMNO telah di adakan dan telah menyediakan satu draf perlembagaan persekutuan baru bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union dan perlembagaan tersebut di serahkan kepada Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union pada ketika itu. dan menerusi persidangan itu juga satu jawatan kuasa di tubuhkan untuk menilai dan mengkaji draf Perlembagaan baru (nama ahli jawatan kuasa akan aku masukkan dalam komen sekiranya ada permintaan)

Dipendekkan cerita lagi, setelah UMNO berjaya membubarkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu (setelah memilih salah satu nama dari tiga). Namun
perjuangan untuk memerdekan Tanah Melayu masih jauh dan getir dimana perundingan demi perundingan dijalankan dimana pihak British mendesak UMNO untuk membuka kerakyatan kepada pendatang Cina Dan India, disebabkan desakan British Dato' Onn Jaafar telah mencadangkan UMNO di buka keahlian kepada bukan kaum Melayu, tetapi tidak disetujui oleh ahli-ahli, dan menyebabkan Dato' Onn Jaafar menarik diri dari UMNO, UMNO telah di ambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dalam ucapan sulung beliau, beliau menyatakan "PELIHARALAH TUNTUTAN KEMERDEKAAN KITA ITU DENGAN JUJUR DAN AMANAH, JANGANLAH SAMPAI MENJUAL KEHORMATAN NEGERI DAN BANGSA KITA KERANA HENDAKKAN KEMERDEKAAN. KAJI DAN SELIDIKANLAH APA YANG AKAN TERJADI KEPADA BANGSA KITA KELAK. OLEH ITU, SAYA MAHU TEGASKAN BAHAWA KITA MESTILAH BERPEGANG TEGUH KEPADA SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU."
Pandangan Tunku ini sama dengan pandangan Sir Hugh Clifford yang dengan ringkasnya menggambarkan kepada Faderal Council yang Negeri Melayu untuk Melayu dan akan Kekal milik Melayu.

Walaubagaimanapun Pihak Penjajah British masih memberi tekanan kepada Tunku untuk bekerja sama dengan Cina dan India dalam negeri,
Tetapi Tunku mendesak untuk menjalankan Pilihanraya sebagai Proses menuju Kemerdekaan dan melalui proses pilihanraya inilah bagaimana persefahaman di antara kaum Melayu dan Cina dapat di lihat.
Dalam pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur, UMNO bersetuju untuk bekerjasama dengan MCA dan telah mendapat kemenangan disebabkan kemenangan itu Tunku telah bergabung dengan MCA dalam satu perikatan untuk pilihanraya 1955 dan telah mendapat kemenangan besar.

Sekali lagi dipendekkan cerita Kerajaan Persekutuan telah menyiarkan satu Kertas Putih tentang perlantikan suruhanjaya bebas dengan izin baginda Queen dan DDYMM raja-raja Melayu. suruhan jaya ini dikenali sebagai SURUHANJAYA REID.

Suruhanjaya Reid telah meminta Pertubuhan-pertubuhan/Parti-parti dan orang awam untuk menghantar memorandum dari perbagai kaum.
Dan hasil dari persetujuan dari 3 kaum utama terbesar telah bersetuju dengan terma rujukan suruhanjaya Perlembagaan yang di tetapkan oleh kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu seperti di bawah:

~Mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berdaulat dalam negara Demokrasi berpalimen
~Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini
~ Memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu berdasarkan Prinsip JUS SOLI
~Islam sebagai Agama Persekutuan tetapi memberi kebebasan penganut Agama lain menjalankan upacara dan kebudayaan masing masing
~Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi memberi kebebasan menguna bahasa suku kaum masing-masing secara peribadi.

PERSETUJUAN ORANG CINA DALAM MCA DAN ORANG INDIA DALAM MIC TENTANG PERKARA-PERKARA TERSEBUT DI ATAS DI ANGGAP SEBAGAI "KONTRAK SOSIAL"....

rujukan: KONTRAK SOSIAL-ABD. MANAF HAJI AHMAD

ps: pandangan peribada untuk dikongsi

3 comments:

Miss Very Cute said...

artikel saudara mengingatkan saya pada filem 1957-HATI MALAYA, menonton filem itu membuat saya menangis....menangis kerana melihat betapa payah nya untuk kita merdeka....dan harga pada sebuah kemerdekaan adalah kita perlu berkongsi dalam satu terma yang di katakan "KONTRAK SOSIAL"....saya melihat pengorbanan itu dari banyak aspek.....pengorbanan dari orang melayu itu sendiri.....dan juga bangsa-bangsa lain......betapa pengorbanan inilah yang membebaskan kita sebenarnya...memberi kita kemerdekaan..memberi bumi malaysia ini keamanan......dan seperti kata saudara ramai yang tidak tahu apa itu kontrak sosial.....sejarahnya...kandungannya.....pahit getir dan pengorbanan disebaliknya......betapa kontrak sosial yang telah dipersetujui itulah yang menyatukan kiter di bawah payung negara yang bernama MALAYSIA.....yang membolehkan kan kiter hidup dalam aman dan tenteram walau ada perbezaan dan rasa tidak puas hati di sana sini..
Sultan Perak sendiri meyarankan agar kontrak sosial ini diperkenalkan sebagai satu subjek di institut pengajian sebagai satu langkah dan usaha untuk generasi muda memahami dengan lebih mendalam mengapa perlu dan adanya kontrak sosial ini.....saya amat bersetuju dengan pendapat baginda,kerana bila tidak wujudnya pemahaman maka akan berlakulah konflik...konflik inilah yang akan menyebakan keamanan negara menjadi goyah..macam2 boleh terjadi......penerapan kefahaman dan ilmu sahaja yang mampu menghuraikan segala salah faham yang timbul.....

Faizul83 said...

sebab tu la saya buat topic ni... sebab kebanyakkan orang tak tau apa tu kontrak soasial dan bagaimana nak dapatkan dia... betapa susahnya kalau kita baca detail satu persatu... ni baru ringkasan perjuangan perjuang pejuang kemerdekaan....

Anonymous said...

Nonetheless, there are some essential factors that need considering before making any selection.
The contacts are arranged in alphabetical order making it hassle-free going over the contact
list. These chips directly convert electricity to light without the use of a filament or glass bulb.


Check out my blog - led light