Thursday, February 18, 2010

SALAH ANAK KAH?? ATAU SALAH IBUNYA?? ATAU SALAH BAPANYA???


dari pagi tadi macam biasa rutin pagi, hantar permohonan sambung reman kes 384kk dengan reman baru 457kk yang di tangkap jam 4 awai pagi tadi.. selepas itu terus ke pejabat DPP hingga jam 1230 tengah hari...
seterusnya balik ke balai sampai dalam 1330 tengah hari on the spot ada repot.. kena selesai dulu, TERLEPAS JUMAAT AKU.... tugas....
dah selesai ambil gambar, statment semua dalam jam 1420 tengahari selesai semua.. aku naik opis tujuan nak ke bilik air niat di hati untuk mandi...
jam 1435 tengahari lebih kurang aku turun kepejabat pengurusan balai.. ada sorang budak perempuan melayu umur lingkungan 16-17tahun sedang menangis, dalam hati aku.. biasalah balai macam macam masalah.. aku biarkan terus ke orderly untuk bertanyakan hal..
sesudah selesai hal, aku ringankan mulut bertanyakan tentang masalah budak perempuan tadi, orderly cakap di halau dari rumah dan dalam proses hantar JKM....
apa dalam hotak aku budak ni mesti sosial dalam perhubungan dan "rosak"... baru nak bagi sedikit syarahan orderly telah ceritakan hal sebenar... baru aku tau.. kali ni aku silap....

ceritanya budak perempuan tersebut adalah anak luar nikah masih di bela oleh ibunya dan suami ibunya adalah pemangsa yang merogol ibunya....
aku tanya.. "apasai budak ni ada buat masalah ka" jawab orderly " taklah tn, dia cuma periksa tak dapat A mak dia suruh berhenti sekolah" aku tanya " tu ja??" orderly " ada lagi, keja rumah semua dia buat, kalau pinggan tak cuci bapak dia akan pukul" aku lagi " ada dia keluaq rumah poya poya??" orderly " tak lah tn, dia jenis yang tak keluar rumah" aku " ada dia melawan cakap mak dia" orderly " takdak lah dia mengikut ja, siap dia baking mak dia lagi takmau bagitau mak dia pukul dia...."

dan aku juga di beritahu dalam pada masa aku tak ada di balai mak dia mengamuk nak memukul anak dia sebab anak ia polis tolong siap mak dia cakap " apa balai boleh buat kalau aku nak pukul??!"... menyirap darah aku... nasib aku tak ada di situ.. kalau tak dah makan nasib lokap kau kena sek 90 Akta Polis..!!

apa yang aku rasa sedih.. apa salah si anak tu.... dia tak minta di lahir... dia tak minta pun duit.. yang dia minta di sayangi.... si anak bukan nya si rempit... bukannya si bohsia...tetapi si anak yang patuh dengan ibu bapa... cumanya pencapaian akademik sedikit kurang dan dia bukan AMAH nak di suruh buat semua kerja rumah...
hanya kerana dia anak yang tak di ingini, kita buang dia.. kita tak mengaku anak kita..... hurm.. apa nak jadi dengan manusia sekarang.....


ps: sedikit pengalaman untuk di kongsi, dijadikan pedoman dan pegangan hidup

7 comments:

Yati Wahab said...

Assalam...

maaf nak kongsi minda..

jika kita insan yang ihsan pasti ada rasa simpati mendalam kepada anak tersebut.

Sayangnya kerana si ibu dan ayah masih trauma dengan kejadian yang menimpa walau pun dah berbelas tahun..

tapi trauma dan sedih anak sepanjang hayat...

mudah2 an Allah memberi kejayaan kepada anak dan keinsafan kepada ibu dan ayah...

tq..

Faizul83 said...

sama sama kita buat panduan dan pedoman...

memang macam tu la saya nasihat dekat dia.. nanti bila dok kat JKM blajaq kat sekolah betoi betoi bagi berjaya nanti beli keta besaq besaq pastu balik umah...

kamal fnd hashim said...

bak sini anak dia tu. Biar jadi anak angkat kita semua jom?

Faizul83 said...

lambat la bro.. dia dah ada kat rumah perlindungan JKM...
jom sesapa yang tak ada anak boleh la buat anak angkat... sian dia tu.. patuh pada keluarga si budak tu.... mak dia ja tak reti reti...

kamal fnd said...

kalau ada butir. mintak kongsi JKM mana and etc. Ingat nak lawat dia la bos..aku juga pernah terbuang. Jadi, kita faham perasaan dia..nanti sms ek..
kosng 1 semlan, dua 1 kosng semlan 4batang.

Faizul83 said...

wokeh bro.. nanti nak tanya.. dalam 1 jam sampai sms

Faizul83 said...

alamak bro... esok la.. orderly dah balik suma dah....