Tuesday, October 6, 2009

ANTARA SAMSIAH FAKEH DAN CHIN PENG(Ong Boon Hwa)

Semestinya kawan-kawan kenal dengan nama di atas, kalau tak kenal elok daftar untuk keluar negara dan jangan jadi warganegara Malaysia... ^_^

Seperti yang kita ketahui kedua-dua nama di atas adalah antara "Orang-orang kuat" MPAJA(malayan people anti japanese army) yang juga PKM(parti komunis malaya),
Dibawah sedikit pengenalan tentang kedua-dua nama di atas:

Shamsiah Fakeh dilahirkan pada tahun 1924 di kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mendapat nama timangan sejak kecil "Che Yah" oleh saudara dan keluarga terdekat, bapa beliau bernama Fakeh Sultan Sulaiman yang juga dapat jolokan Fakeh Godang iaitu Fakeh Besar kerana tubuh beliau yang agak besar.

Chin Peng tau nama sebenar beliau Ong Boon Hwa dilahirkan di sebuah kedai menjual basikal di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan Ipoh Perak, Malaya pada 21/10/1924 (sama juga tarikh lahir aku ,cuma tahunya berbeza^_^) tetapi keluarga beliau berasal dari Tanah Besar China dimana bapanya berpindah ke Malaya pada tahun 1930an berikutan dengan kemelesetan yang berlaku di sana.

Persoalan yang aku mahu timbulkan disini, KENAPA SHAMSIAH FAKEH DITERIMA BALIK KE MALAYSIA TETAPI TIDAK CHIN PENG???

melalui rujukan yang aku baca, Memoir Shamsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen Ke-10 dan“Chin Peng: Sejarah dari belah saya” (”Chin Peng: My Side of history”).

Menurut pemerhatian dan pembacaan aku dapat Shamsiah Fakeh menyertai PKM bukanlah berdasarkan dengan falsafah Komunis itu sendiri yang tidak percaya dengan tuhan dimana pengasas beliau mengatakan Agama itu adalah seperti Ganja/Candu pada manusia.
Tetapi tujuan beliau untuk menyertai PKM adalah berlandas tujuan murni untuk berjuang membebaskan Tanah Malaya pada ketika itu dari cengkaman Jepun dan British, dimana pada permulaan pemerintahan Jepun ramai anak-anak melayu yang bersemangat patriotik cuba untuk mencari 'medium' untuk berjuang dan salah satu darinya adalah PKM, tidak hairan kalau kita perhatikan kebanyakkan pejuang PKM adalah orang Melayu yang mempunyai didikan Agama yang amat kuat, tidak terkecuali juga Shamsiah Fakeh yang mempunyai pengetahuan/pegangan Agama yang amat kuat. tetapi di atas dasar "PERJUANGAN" Shamsiah Fakeh tersalah memilih 'medium' untuk salurkan perjuangan beliau. untuk keterangan dan rujukan lebih baik/lengkap, sila rujuk dengan buku memoir beliau seperti yang aku catatkan di atas, tak rugi beli harga tak lebih rm50 masa aku beli 3-4 bulan lepas.

Chin ping pula dari pendapat peribadi aku, perjuangan beliau adalah disebabkan penindasan bangsa Jepun terhadap kaum cina pada ketika itu dan selain itu beliau seperti terpengaruh dengan budaya dan fahaman Komunis itu sendiri, dan beliau juga antara pemimpin yang "degil" untuk berbincang setelah kemerdekaan dicapai, selain itu beliau juga adalah orang bertanggungjawab menggagalkan rundingan baling, beliau juga berkeras untuk menuntuk parti komunis 'dihalalkan' walaupun ditawarkan pengampunan sepenuhnya tanpa sebarang hukuman, ini berlaku kerana pada pendapat peribadi saya fahaman komunis telah sebati dalam diri beliau.

Jadi disini pada pendapat saya ini adalah perbezaan di antara Shamsiah Fakeh dan Chin Peng, sebab kemasukan kedalam PKM dan adakah fahaman Komunis tersebut masih kukuh dalam dua individu di atas, tidak salah sekiranya pada pendapat aku Shamsiah Fakeh di istiharkan antara pejuang pembebasan dari Jepun, tetapi beliau tersalah pilih 'medium' untuk berjuang, sebaliknya Chin Peng yang berjuang bukan seratus peratus untuk kebebasan Malaya, tetapi lebih kepada pembelaan penindasan terhadap kaun Cina di China dan Malaya ketika itu selain fahaman komunis yang telah sebati dalam Chin Peng.

ps: ing adalah pendapat peribadi untuk dibincang/kongsi bersama dan tidak berniat menguris mana-mana pihak.

rujukan:
1)Memoir Shamsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen Ke-10
2)Buku Memoir Chin Peng: Sejarah dari belah saya” (”Chin Peng: My Side of history”).

2 comments:

Awangmaseru said...

pendedahan yangg baik,syabas.

Faizul83 said...

terima kasih...
tapi bagi saya ni bukan satu pendedahan.. cuma sekadar sedikit cetusan hati untuk di kongsi dan di bincang bersama...