Friday, March 5, 2010

RELA

Bukan RELA dalam ertikata yang ada dalam kamu dewan…Tapi RELA yang aku nak kongsikan disini adalah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia…

RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972
Dan sekiranya kita merujuk kepada wikipedia, penubuhan RELA adalah lebih kepada membantu agensi agensi penguatkuasaan Undang-Undang yang lain (Law Enforcer) seperti Polis dan Jabatan Immigration.RELA juga berperanan sebagai salah satu agensi di kala bencana alam untuk membantu Jabatan Pertahanan Awam (Civil Defence Department)atau lebih dikenali sebagai JPA3 di Malaysia

Kuasa RELA adalah termaktub Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI.

Aku puji kepada sesiapa yang mahu berkhidmad untuk negara tetapi tidak tahu cara bagaimana paling mudah, salah satu darinya adalah dengan menyertai pasukan RELA..
Aku disini juga mengalu alukan kawan kawan yang bekerja dengan swasta atau lain lain jabatan kerajaan tetapi ingin memberi sumbangan kepada masyarakat, sila sertai Pertubuhan RELA.

Tapi apa yang aku mahu sampaikan disini, adalah sekiranya kawan kawan ingin atau telah menyertai pertubuhan RELA, sila lengkapkan diri anda dengan sedikit undang undang jenayah atau apa apa undang undang berkaitan dengan penugasan yang diberikan, dan mengikut sedikit pengalaman aku juga telah banyak berlaku perlanggaran Undang Undang sama ada sengaja atau tidak sengaja yang dilakukan oleh anggota anggota RELA

CONTOH: baru baru ini seorang anggota RELA yang juga SP(Sukarelawan Polis) telah tahan seorang lelaki melayu dan telah memeriksa kad pengenalan pada masa yang sama beliau juga telah memukul lelaki melayu tersebut dengan topi kledar kerana lelaki tersebut meminta sebarang kad kuasa oleh kerana anggota RELA hanya berpakaian preman…
Dan sebelum ini juga ada kes dimana seorang anggota RELA telah di tuduh di bawah seksyen 326KK kerana telah memukul hingga 6 jahitan seorang lelaki cina yang enggan memberi KP untuk diperiksa, ini kerana pada pemeriksaan tiada agensi penguatkuasa lain seperti POLIS yang menemani anggota RELA tersebut.
Minggu lepas seorang anggota aku beritahu semasa beliau balik ke kampung beliau, sekumpulan RELA telah buat sekatan jalan tanpa ditemani mana mana agensi penguatkuasa Undang Undang, dan tanpa kebenaran dari OCPD kawasan berkenaan, sedangkan kita dalam keadaan aman bukan dalam keadaan darurat…
Ini antara contoh yang dapat aku kongsikan..

Bukan memperlecehkan kredibiliti seorang anggota RELA, tetapi bagi aku setiap anggota RELA perlu diberi latihan yang cukup, dimana penerapan aspek Undang Undang perlu di tekankan disini. Takut kes seperti di atas, dimana niatnya baik, tapi caranya dengan memukul lelaki cina tersebut sehingga 6 jahitan agak keterlaluan, dan lelaki tersebut tidak melawan, juga apa yang dilakukan bukan termaktub dalam seksyen 97 KK (Hak Pertahanan Persendirian Mengenai tubuh dan harta)
Manakala beliau juga tidak boleh bergantung kepada seksyen 15(2) kanun prosedur jenayah, kerana tiada polis yang berada di tempat kejadian. seksyen 186kk juga tidak dapat dikenakan terhadap lelaki cina tersebut kerana tiada penjawat awam(badan penguatkuasa undang-undang) di situ dalam menjalankan tugas

Apa apa pun aku puji dengan kesungguhan anggota RELA dalam menjalankan tugas anda sebaik mungkin, jasa anda amat diperlukan untuk mengekalkan ketenteraman Malaysia….

Ps: di atas adalah pandangan peribadi sekiranya ada apa apa yang tidak betul sila kongsi bersama….

9 comments:

Anonymous said...

KOMEN ANDA SEBAGAI ORANG AWAM AMAT DI ALUKAN TETAPI SUMBANGAN IKATAN RELAWAN RAKYAT MAAYSIA RELA DANPENUBUHAN SUKARELAWAN POLIS SSP UNTUK MEMBANTU TUGAS TUGAS KESELAMATAN SELAMA INI SPE YANG PIKUL NKRA DI TUBUHKAN POLIS KURANG ANGGOTA HARAF KS GD SEMUA MALAS NAK RONDA PERTKAIKAN KUASA SP SEBAB SP POLIS ORANG AWAM JADI POLIS PARTIME LEPAS BILA ADA SAMUN SP CUMA ADA T BUTTON GD KS TAK PERGI SURUH SP BUAT KERJA BILA BUAT TANGKAPN SURUH SP BUAT TUAGS KS GD AMBIL RASUAH PVR RELA JPAM KENA TIDAKKAN SEKARANG SP POLIS KENA PAKAI BAJU RELA JPAM KAT WPKL SELANGOR BOLEH PAKAI BAJU POLIS ADA SIJIL GANTUNG BAJU INI SEMUA POLITIK JANGAN HARAF SP ATAU ANGGOTA RELA NAK UNDI TAHUN INI EMPAT TAHUN JADI SP IPK LANGSUNG TAK BUAT KAD KUASA

sp jpam said...

yang seperti atas berkata,dia ni oang faham melayu x? bodoh~!

Anonymous said...

kdn betul itu jpam said lagi bodoh tgok dia tahu nak hargai orang sukarelawan polis rela jpam /pvr ipk banyak bantu orang awam dan masyarakat itu pasal ambil 10.0000 ribu orang untuk ssp

Anonymous said...

SALAM SATU MALAYSIA SAYA ADALAH PEGAWAI SUKARELAWAN SP PDRM YANG PELIK JAWATAN SUKARELAWAN DALAM PERLATIKKAN SAMA KUASA DENGAN PERLATIKAN SP RELA JPAM MENGAPA PIHAK PDRM TIDAK MEMBERI LATIHAN KEPADA ANGGOTA SP RELA /JPAM UNTUK LATIHAN MEMABWA SENJATA API /GARI DAN SET PDRM RMP NET DAN PAPER SPRAY ITU YANG MEREKA DI PADANG RENDAH OLEH PEGAWAI POLIS GD KS DAN LAIN LAIN AGENSI PENGUATKUASA MEREKA TELAH LAMA DALAM PERHIDMATAN DAN SEKARANG SP DARI PDRM DI AMBIL SOW MACAM ADA YANG TAK KENA NANTI KALAU SEPULUH RIBU ANGGOTA SP PDRM KELUAR ADA SENJATA SP RELA DAN JPAM AKAN DI PADANG RENDAH WALAUPUN KUASA SAMA HARAF PIHAK KDN DAN HAL ELWAL AWAM BUKIT AMAN PADANG SERIUS MASALAH INI PADA ANGGOTA SP RELA JPAM YANG LAMA DALAM NKRA CEGAH JENAYAH ASALAM MUHALAIKUM

Anonymous said...

BETUL ITU SAYA SOKONG SEPENUNYA KAMAL JPAM

Anonymous said...

fikri konstabel sokongan

betul lah tak akan nak haraf anggota regular ks gd aje bawa set dang senjata api kalau ada penyamun tak akan nak cover sp rela jpam lebih baik mereka di benarkan bawa gari set senjata api paper spray sow ks gd tak takut nak ronda sama sekarang ini pulak ada ronda satu malaysia /nkra ??? sampai bila

Anonymous said...

(1) BAPAK , (2) EMAK = (1) ANAK KANDUNG, (1) ANAK TIRI.

Boleh sama rata ............. ? Anak kandung tetap anak sendiri, tetapi anak tiri bukan hasil sendiri, cuma anak angkat saja. Kasih sayang tidak akan dapat sama rata. Sebab itu banyak kritikan dan komen tentang SP RELA itu ini. Sedih.... KDN punya pasal, RELA juga kena .... tapi Kenapa PDRM nak jadi PAK TURUT, dalam perkara pengwujudan SP RELA dalam PDRM dari awal ? Bodek dan ampu ... Kata TEGAS ADIL BERHEMAH, Ada kah ???????

Anonymous said...

rosli regular pangkal 18


betul itu sp patut kena bawah peralatan seperti regular semua kelegkapan dan penggunaan dapat di selaraskan supaya tak payah menyusahkan anggota regular kami banyak bebenan tugas nak haraf kami cover sp rela lebih baik kami jalan sendiri kalau ada perompak depan mata tak akan sp rela tak ada senjata nak sorok belakang kami apa kata oran awam logo angensi itu buang lah buat apa bila pakai lamabng rela /jpam orang tak hormat lagi kutuk kami regular yang tanggung malu

Anonymous said...

Perkara ini siapakah yg perlu atau sampaikan kepada pegawai yg diatas???