Monday, November 16, 2009

JAKSA PENDAMAI

Mesti kita banyak terserempak dengan kereta yang ada amblem "JAKSA PENDAMAI" huh!! menatang apa tu????

kat sini "basic to know" mengenai Jaksa pendamai, di bawah peruntukan apa di lantik?? dan apa kuasa kuasa seorang Jaksa Pendamai???

JAKSA PENDAMAI...

Jaksa pendamai di lantik di bawah seksyen 98 Akta 92(akta mahkamah rendah)

sek. 98 PERLANTIKAN JAKSA PENDAMAI.
Pihak berkuasa negeri boleh, melalui waran yang di tandatangani olehnya, melantik mana-mana orang yang di fikirkannya layak menjadi Jaksa Pendamai di dalam dan bagi negeri itu, dan boleh dengan cara yang sama membatalkan mana-mana perlantikan sedemikian. Segala perlantikan dan pembatalan yang di buat di bawah seksyen ini hendaklah di beritahu dengan warta.

KUASA KUASA JAKSA PENDAMAI...

sek. 99 KUASA JAKSA PENDAMAI.
**99 Jaksa Pendamai hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan di dalam negeri yang baginya mereka di lantik. apa-apa kuasa yang tidak melebihi majistret kelas kedua sebagaimana yang di berikan kepada mereka oleh mana-mana undang- undang bertulis.

huh!!!! apa ni??!! tak paham apa yang di boleh buat???!
ni mesti soalan dalam minta anda ^_^... di bawah aku masukkan serba sedikit seksyen dan apa yang Jaksa Pendamai boleh buat dalam prosedur jenayah....

Di bawah seksyen 11. Kpj (kanun prosedur jenayah) mengatakan

sek. 11 (a) BILA ORANG RAMAI MESTI MENOLONG MAJISTRET, JAKSA PENDAMAI DAN POLIS.
Tiap-tiap orang mestilah menolong Majistret, Jaksa Pendamai dan Pegawai Polis atau penghulu yang secara munasabah meminta pertolonganya:

(a) menangkap atau mencegah daripada melepaskan diri mana-mana orang lain yang Majistret, Jaksa Pendamai, Pegawai Polis atau Penghulu itu berkuasa menangkapnya;

maksudnya Jaksa Pendamai ada kuasa menangkap... hanya ini seksyen tentang kuasa Jaksa Pendamai yang aku jumpa.. harap sekiranya ada seksyen lain.. sila kongsi dan bincang bersama

ps: pendapat/ pandangan peribadi untuk di kongsi bersama...

3 comments:

Kamsiah said...

makin banyak baca..makin banyak yg tak tau rupanya...

speedrider said...

PJK tu untuk apa? Perut Jalan Kedepan? hehehhe

isma said...

Tuan,
JP ni boleh jadi saksi perjanjian yang dimetrai selain dari negeri beliau dilantik kah? Terima kasih.