Tuesday, October 6, 2009

KESALAHAN LAZIM DAN TAK LAZIM DI TANGKAP

Isu di atas banyak menyebabkan kekeliruan, dimana kebanyakkan orang awak tidak paham dan buat-buat paham akan isu boleh di tangkap tanpa waran dan tidak boleh di tangkap tanpa waran.
apa yang saya maksudkan buat-buat paham, dimana kita selalunya terlalu percaya dengan cerita di tv "asing" seperti CSI dll dimana sebelum tangkapan perlu waran tangkap.

Untuk pertikai satu tangkapan, apa yang aku nasihatkan di sini, apabila sekumpulan polis datang untuk buat tangkapan, minta kad kuasa polis berkenaan (akan aku ceritakan nanti di post lain tentang perbezaan kad kuasa polis) sekiranya kad ditunjukkan tanya pula atas sebab apa di tahan, sekiranya diberi sebab dan seksyen (akan saya beri contoh) jadi perlu untuk beri kerjasama sebaiknya, dan sekiranya melawan, pihak polis boleh 'menggunakan kekerasan munasabah yang minima'( akan saya buat post baru tentang ini) untuk pastikan tangkapan tersebut.sila rujuk dibawah sekali.

Seterusnya tangkapan akan dibawa balik ke balai untuk siasatan, pihak polis berkuasa untuk tahan mana-mana tangkapan selama tempoh tidak lebih dari 24jam dan sekiranya perlu pihak polis akan reman di bawah seksyen 117 KPJ/CPC(kanun posedur jenayah) (akan saya buat post mengenai 117KPJ) selama tempoh maksima 14hari berdasarkan kes/seksyen di tuduh.

TANGKAPAN DI LUAR RUMAH/PREMIS/KAWASAN AWAM.

contoh satu kes samun/ragut berlaku di luar rumah/premis, mana-mana anggota/pegawai polis berhak menangkap tanpa waran

TANGKAPAN/SERBUAN DI DALAM PREMIS/RUMAH.

Satu tangkapan/serbuan di dalam rumah boleh dibuat tanpa waran dengan di ketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas.

CONTOH:

INSP hisham bersama sekumpulan polis telah serbu dan masuk ke rumah ah meng yang di syaki terlibat dengan kes 395/397 KK. dan telah menahan ah meng.


SENARAI KES YANG LAZIM DI TAHAN TANPA WARAN.(hanya kesalahan lazim di lakukan saja)

SEK. 379 KK(ragut/curi luar premis rumah)
SEK. 380 KK(curi dalam premis/rumah)
SEK. 379 A KK(curi m/kar m/sikal)
SEK. 392 KK(samun)
SEK. 395 KK(samun berkumpulan)
SEK. 392/397 KK(samun bersenjata)
SEK. 395/397 KK9samun berkumpulan bersenjata)
SEK. 384 KK(pemerasan)
SEK. 385 KK(pemerasan)
SEK. 324 KK(mendatangkan cedera dengan senjata)
SEK. 325 KK(mendatangkan cedera parah)
SEK. 326 KK(mendatangkan cedera parah dengan senjata)
SEK. 148 KK(merusuh/bergaduh berkumpulan)
SEK. 376 KK(rogol)

SENARAI KES YANG TIDAK LAZIM DI TAHAN TANPA WARAN

SEK. 323 KK(mendatangkan cedera)
SEK. 327 KK(khianat)

dll



ps: pandangan/pengalaman peribadi untuk dikongsi dan dibincangkan bersama

4 comments:

Anonymous said...

tq sbb share maklumat yang patut kita tahu untuk kebaikan kita bersama.. post lg byk info yg berguna.. tq...

Anonymous said...

jolo ko nie wehhh.ambo nok tnya skit wehh...klau ore curi pok getoh dikiro ketogori mno....

Anonymous said...

No question, this is quite nice. Rагеlу do
I finԁ a blοg thаt’s equally educаtiѵe and enϳoyаblе on web 2.

0 sitе, аnd indеed, you havе hit thе nail on
the head. Vеry few people these daуѕ taκe the time
tо actuаlly ρut somе thought into this issue.
It's awesome that I was able to find this while searching for relevant topics.

Also visit my site ... tilbe

Anonymous said...

Sek 379 kk